Thursday, August 6, 2015

Nasib dan Takdir

Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke VI halaman 383 sebagai berikut

Ertinya : Telah berkata Abu Manshur : Mentakdirkan Allah akan makhluk iaitu memudahkannya akan tiap-tiap satu dari pada mereka, bagi apa yang telah diketahuinya bahawa mereka itu akan menjadi begitu. Jelasnya bahawa Allah swt telah mengetahui dari mereka sebelum Allah jadikan mereka, maka menetapkanlah ilmu-Nya yang tidak mempunyai permulaan yang terdahulu pada mereka dan ditakdirkannyalah meneurut kadar yang tertentu. 


Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke II halaman 258 sebagai berikut:-

Ertinya : Nasib ertinya bagian dari tiap-tiap sesuatu

( Dipetik dari buku Seratus Masalah Agama oleh KHM Syafi'i Hadzami , Mukasurat 27)

Syurga ...



1.. Diriwatkan dari Anas bin malik ra. bahawa bersabda Rasulullah saw.

Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu-ibu. ( HR. Al Qudla' dan Alkhatib)


2.Diriwayatkan Muslim dari Annu'man bin Basyir adalah pengertian hadis ini sebagaimana dikatakan oleh Almanawi sebagai berikut:-

Selalulah berbakti kepada ibu-ibu adalah sebab untuk masuk kedalam Syurga.


3. Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang kamu, daripada tali terumpahnya. dan neraka pun begitu juga.  ( HR. Ahmad dan Bukhari)




 

Wednesday, August 5, 2015

Cara-Cara Berwuduk.

Hadis Saidina Othman bin Affan r.a: 


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Saidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Saidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia menunaikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. 

Wajib Berwuduk Sebelum Bersolat.

Hadis Abu Hurairah r.a:  Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 "Tidak akan diterima sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwuduk".

Kelebihan Doa Selepas Wuduk.

Sabda Rasullullah SAW: 

"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. 

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Fadhilah Wuduk

Sabda Rasullullah SAW: 

"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." 

(Hadis Riwayat Muslim(361))

Bersuci Daripada Najis Mughallazah


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, 

Ertinya : “Bersihkanlah bekas air kamu sekiranya anjing menjilatnya dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, pada kali pertama basuh dengan air bercampur tanah.” 

Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim.

Tuesday, July 28, 2015

Puasa Hari Jumaat

Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. berkata ia : Telah bersabda Rasulullah saw :

Ertinya : Jangan kamu berpuasa di hari Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya.
( HR Aljma’ah kecuali Annasa’i)

Monday, July 27, 2015

Berkata-kata dalam khutbah Jumaat.



Berkata-kata dalam khutbah Jumaat.
Dan Diriwayatkan dari Sayyidina Ali ra. Dalam salah satu hadisnya, di mana berkata ia :

Ertinya :

Barangsiapa yang dekat dari  pada Imam, maka ia berkata sia-sia, dan tidak ia memperhatikan, dan tidak diam niscaya adalah atasnya satu bahagian dari pada dosa. Dan barangsiapa yang mengatakan :  Diam, maka sesungguhnya ia telah bersia-sia. Dan barangsiapa bersia-sia, maka tidaklah sempurna Jumaat baginya, kemudian katanya: begitulah aku dengar Nabi kamu saw. 
 ( HR. Ahmad)

Petikan dari buku Seratus Masalah Agama oleh KHM Syafi'i Hadzami, ms 164

Sebab Terlarangnya Sembahyang Pada Waktu-Waktu Tersebut.



Sebab Terlarangnya Sembahyang Pada Waktu-Waktu Tersebut.
Hadis yang diriwayatkan  dari Amr bin Absah

Ertinya :
Aku berkata : Ya Rasulullah. Kabarkanlah aku tentang sembahyang. Sabda saw. Sembahyanglah akan sembahyang Subuh lalu tahanlah dirimu dari sembah yang terbit matahari dan naiknya, maka bahawa sanya terbit matahari di antara dua tanduk Syaitan dan pada ketika itu sujudlah baginya segala Kafir lalu sembahyanglah kamu, kerana sesungguhnya sembahyang itu disaksikan lagi dihadirkan oleh para malaikat. Sehinggga lurus bayangan pada tubuh, lalu tahanlah dirmu dari sembahyang, kerana ketika itu Neraka Jahanam tengah dinyalakan. Maka apabila bayang-bayang berhadap, sembahyanglah, kerana sembahyang itu disaksikan dan dihadiri, sehingga engkau sembahyang asar, lalu tahanlah dirimu dari pada sembahyang sehingga masuk matahari kerana sesunggunya terbenam ia di antara  dua tanduk syaitan dan ketika itu sujudlah orang-orang kafir. (HR Ahmad dan Muslim)

Tuesday, July 14, 2015


Diriwayatkan dari Abi  Sa'eid Alchurdry ra berkata ia: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : 

Ertinya : Barang siapa yang mengetahui di antara kamu, akan suatu kemungkaran, maka hendaklah dirobahkan dengan tangannya.Maka jika tidak mampu maka dengan lidahnya. Maka tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Abdulbnu Humaid, Abu Ja'ala dan Ibnu Abiddun-nya)


Petikan dari buku Seratus Masalah Agama oleh KHM Syafi'i Hadzami, ms 145