Thursday, August 6, 2015

Nasib dan Takdir

Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke VI halaman 383 sebagai berikut

Ertinya : Telah berkata Abu Manshur : Mentakdirkan Allah akan makhluk iaitu memudahkannya akan tiap-tiap satu dari pada mereka, bagi apa yang telah diketahuinya bahawa mereka itu akan menjadi begitu. Jelasnya bahawa Allah swt telah mengetahui dari mereka sebelum Allah jadikan mereka, maka menetapkanlah ilmu-Nya yang tidak mempunyai permulaan yang terdahulu pada mereka dan ditakdirkannyalah meneurut kadar yang tertentu. 


Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke II halaman 258 sebagai berikut:-

Ertinya : Nasib ertinya bagian dari tiap-tiap sesuatu

( Dipetik dari buku Seratus Masalah Agama oleh KHM Syafi'i Hadzami , Mukasurat 27)

Syurga ...



1.. Diriwatkan dari Anas bin malik ra. bahawa bersabda Rasulullah saw.

Syurga itu berada dibawah telapak kaki ibu-ibu. ( HR. Al Qudla' dan Alkhatib)


2.Diriwayatkan Muslim dari Annu'man bin Basyir adalah pengertian hadis ini sebagaimana dikatakan oleh Almanawi sebagai berikut:-

Selalulah berbakti kepada ibu-ibu adalah sebab untuk masuk kedalam Syurga.


3. Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang kamu, daripada tali terumpahnya. dan neraka pun begitu juga.  ( HR. Ahmad dan Bukhari)




 

Wednesday, August 5, 2015

Cara-Cara Berwuduk.

Hadis Saidina Othman bin Affan r.a: 


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Saidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Saidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia menunaikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. 

Wajib Berwuduk Sebelum Bersolat.

Hadis Abu Hurairah r.a:  Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 "Tidak akan diterima sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwuduk".

Kelebihan Doa Selepas Wuduk.

Sabda Rasullullah SAW: 

"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. 

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Fadhilah Wuduk

Sabda Rasullullah SAW: 

"Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." 

(Hadis Riwayat Muslim(361))

Bersuci Daripada Najis Mughallazah


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, 

Ertinya : “Bersihkanlah bekas air kamu sekiranya anjing menjilatnya dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, pada kali pertama basuh dengan air bercampur tanah.” 

Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim.